Monday, October 10, 2011

New Role

Hectic! Itu saja yg boleh aku describe pasal 2-3 bulan kebelakangan ini. Eh tetiba post BM. Ok gak sbb skrg tengah mood raya. Takde selera nak berbahasa Inggrishh... Penat wei balik kg beraya wpun seronok sakan. 3-4 jam jugak perjalanan dengan kereta yg tak berapa nak vroomm..lgpun husband aku ni x brp suka memandu laju. bahaya katanya. betul tu...biarlah berhemah! asal selamat! Kami gerak dr Melawati ari sabtu malam pkl 11, sampai di Penang 4 pagi. Syukur perjalanan lancar. Takde tersengguk2. Cuma aku je yg kot yg sengguk menahan kemengantukan. Biarlah cik abe yg mjlankan kewajipan memandu.

Sbnrnya post aku selain nak bcerita pasal hari raya, aku jgk nak mengomel pasal jawatan baru aku. Bila bos2 wat keputusan nak bukak francais Tutti Frutti (TF) pada bln Mei 2011, mmg nama aku disebut2 gak utk jadi PIC bakal kedai TF tu. Disebabkan TF ni la, ofis kami pun akan berpindah ke Cheras. then bila renovation dah start, bos sound you kena jaga nanti kedai ni Fiza. Aku  memula cam terkujat gak. Erkk? biar betik... aku mmg zero experience bab2 retail shop ni. Ada la sket2 ilmu tp bukan secara langsung. Kira cabaran gak ni. Aku ingat bos main2 tp sbnrnya mmg betul. Dup dap dup dap jantung memikio tentang tanggungjawab. Bkn apa, bos ada retail shop sebelum ni. And manager shop tu pun kira kenal2 gak. background engineer tapi quite hampes gak wat keje. So, kalau boleh aku tak nak lah jadi macam tu. Malu wei... Insya Allah akan ku cuba menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan dgn sebaik2nya. Aminn...

By the time aku tulis post ni pun dah bulan 10. Ngeh ngeh ngeh...dah hampir 3 bulan lebih TF beroperasi. Tgk pada prestasi, mmg fenomena betul. Aku sendiri pun mcm addicted tp sonok wei sebab staff ada everyday meal. Yumyum...sampai kadang2 tak lalu nak makan. :-D Overall, mmg aku rasa ok kot boss pun takde komplen sgt. Everything is under control. Krew pun nasib baik dpt yg ok. Ada flaws sikit2 here and there pun xper, as long as diorang loyal and boleh buat keje. Dah cukup baik la tu! Aku pun dah tak byk sgt turun2 since tgk bebudak tu dah boleh run sendiri. In term of cash monitoring and other than that, boleh nampak mcm takde masalah. Short sket2 2-3 hengget tu aku suruh je dorang topupkan. Jangan tidak jer... TF ni pun dah ada byk regulars. Aku pun ada kenal few yg selalu datang. In fact, bila ada hal jer bebudak ni soh refer manager. Adehhh....manager la sgt. Kui kui kui...and biasanya ada issue2 kecik ni aku suroh dorang handle jer. Cuma isu yg besar sket yg melibatkan decision making mmg aku take over la. Alhamdulilah so far mmg tak de komplen dr pihak customers. In fact, ada yg puas hati dgn tekstur yogurt kami. Sbb aku pun bgtau krew ikut resipi je, jangan memandai ubah. Aku dah malas nak rasa2 dah sbb diorang pun mmg ikut resipi asal. So oklah...

Lagipun other than being in manager role, aku byk lagi benda nak buat kat office. Multitasker la katakan... Admin/secretarial stuff still aku manage.. Nak update/report sale/mesyuarat & minitnya/surat2/ lesen2 perniagaan dan segala mak nenek lesen/AP semua aku buat. kekadang aku jugak merangkap receptionist kalau dia cuti. Oklah...one of PABX phone mmg ada kat tempat aku. So no worry setakat nak tekan butang kecik and buat suara gediks menjawab telefon. Ahakss...bukan perasan tp suara ku mmg ada yg puji sedap! Belum tengok orgnya lagi...huahuahua.  Cuma tang nak buat pintu aku kena berlari2 anak sket. mcm exercise la kira tp tak kurus2 jugak. Hampeh betoi! Kalau korang tgk meja aku humang aih bersepah mcm workloads dah dapat untuk upfront 10 years punya. Wakaka...sbnrnya aku mmg jenis bekerja bersepah meja. Sbb aku tau mcm mana aku keja so kalau ada org ubah, mmg nak kena la! Carik nahas...tp ada jugak time yg bila kemas, perghhh...cleaner pun takut tgk meja aku! And tahun ni mmg gempak sebab personal stuff mcm lotion, perfume, bedak bayi, deodorant, krim tumit pecah2 pun aku stock up atas meja. Siap ada tabung siling lagi. Hebat2...tp aku jarang capai pun benda2 tu. Konon nak menjaga kulit dan penampilan. Cettt...tak sempat pun. Aku lebih byk mencapai pen, stapler, kertas2 kerja dan telefon atas meja. Paling byk jari aku digunakan atas keyboard la. Facebook, email, blog...muahaha. Eh takdelah, aku bukan peminat tegar FB wpun aku rajin update. FB org lain aku jarang tengok. Yg mana rapat2 jer...kadang2 boring gak FB ni. Mcm tu je...cuma mark zukeberg tu sekali2 tuko setting la, appearance la. layan je la kan...dulu aku rajin layan games segala2 ville. Farmville, citiville, ntah ape2 lagi...skrg sorrylah buang masa aku je! Benda tu leh wat org addicted sbb mcm tak puas2 nak upgrade prestasi dorang. Penat wei nak racing ngan org lain. Buat pagar la, beli ayam la, beli bangunan la! Tak kuasa aku nak layan...

Ni pun sebenarnya ada benda nak buat. 2 minit mesuarat menanti utk ditaip. Friday ni nak meeting, br terhegeh2 nak buat minit yg lepas. Padahal aritu meeting awal bulan 9. Tak sempat beb..ingat senang ke nak wat minit ni. Kena feeling dan ada ilham baru impressive. Kekeke...alasan ye dak. Oklah biarlah aku menyudahkan minit aku, nanti aku sambung lagi. Mana tau, pas ni post Engrisshh balik!

No comments:

Post a Comment