Monday, March 11, 2013

Extravaganca Hideaway - Philea Resort

Ingat tak first extravaganza trip yang aku post kat sini dulu...

This is the 2nd extravaganza trip tapi my 1st ever trip aku drive sendiri... well, of course accompanied by my sister and my boys. dah lama aku nak visit my BFF yang moved to Melaka sebab husband kena transfer ke sana and to check on her new-born daughter tapi tak berkesempatan. Takde geng... macam tak berapa konfiden je nak ke sana without adult company. Then, kebetulan kakak aku datang menyibuk..untung la die. 

I just take LEKAS, it's only 30 minutes drive sampai Senawang and then masuk PLUS. From there memang la jauh sikit around 1 hour gitu sampai exit Ayer Keroh... Not to say yang aku familiar dengan jalan Melaka tapi disebabkan aku ni pakar ingat jalan, so we found junction to Philea straight away. So easy... tapi tak masuk pun terus gi Taman Mini Malaysia. Nak masuk town, macam jem je. Malas la aku. KL jem, out of town jem..phuiii! Layan anak ler pi tengok umah2 di Melesia... masuk mcm saploh ringgit je. Huk aloh...kot2 dapat free drinks. Habok pun tarak...We actually missed a dance show. Biasalah tarian mokyong ke hape baru je tamat. Omagod...mmg frust. Tapi sebab nak kasi can anak2 aku amik aura, pi la lepak sat kat stage dia. Kekeke...

Only 4-5 housees je yang masuk. Umah penang wajb la masuk gitu... yang lain aku dah start malas sebab si Firas sikit2 restless sbb dok nampak fountain nun di tengah. Nak mandi le teww...keje lain tarak si kenit ni. Lepas dah puas tangkap gambar, kami pun keluar la pi makan sat kat cafe just right after exit. Malas nak makan kami bungkus asam pedas and nasi. Then akak aku nak redeem voucher KFC. Pi la beli pulak seb baik ada drive thru...maklumlah pemalaih. Baru la pi check in kat Philea...walllah. Mmg best la tempat dia. Unfortunately, kami dapat pavillion yg agak hujung. Tapi dekat dgn pool. Tercongget2 naik buggy macam nak tergelincir keluar. Kekeke... Aku mmg request for upper unit sebab from previous review, kalau lower unit macam ada bising sikit la. Ishhh...kang susah nak tido bising2 pulak. Whatever it is, the unit is sooooooooo nice. Ishh mmg best sangat la.. cuma aku tpaksa request baby cot. Ada twin sharing bed. Konon macam sorang tido ngan maktam, sorang tido ngan mummy. Turn out, dua2 nak tido ngan mummy. Adehh....mau aku tido atas lantai. Aku yang bayar weiiiiiiii.... So terpaksa la squeeze sana squeeze sini nak bagi everyone selesa. (well, of course la aku tak selesa dan dengki tengok maktam tidoqqqqq sorang2) Cisss... Once Firas dah terlelap aku angkat dia letak dalam cot so problem settled for a while. Sebab bila kul  bape dia terjaga nak naik kat mummy. Adehh, camnila jadi mummy yg gojes dan lovable. Ahaks...

Overall, mmg best kat Philea. The swimming pool is inviting, the steamboat is marvelous, the breakfast is great, the room is cozy and all of that the surroundings are peaceful. Worth the price... next time kalau pegi lagi I'm definitely gonna take the suite. Single-storey yang depan pool tu baru sempoi...unit tu a bit spacious and boleh kot bawak toto hampar kat lantai. Anak2, sila tido di bawah mami didi nak chatting loving2 gitu. Awww... Well, Agoda offers a good price instead you book straight from the hotel. Their price is expensive. My pavillion unit pun normal price dalam RM800++. Rather, I paid only 600++ including our dinner and all for 1 night. Ok la tu... (gulppp!) 

After check out, kami pegi la umah Fida. Soooo easy to find her house. Pakai Ipad je tak payah susah2. :D
We spent few hours kat umah dia. Had lunch together...tapi tak dapat nak tido sebab tak nak tempuh jem on the next day. Extended public holiday, believe me semua orang berpusu2 balik kg and bila sampai time balik town, damn it. Jem nak mampus...especially on highways la. Tak mau tak mau... Tapi sebelum betul2 balik, kami singgah naik Menara Taming Sari. Again, layan anak. I felt a bit tired tapi takpelah bukan selalu. Then singgah Philea again, my sis tertinggal jam and bracelet dia. I reached home around 11pm. Takut gak lalu LEKAS malam2. The highway is quiet and tak banyak kereta sangat. I just pray that nothing happen andd safe journey back home. Anak-anak letih, mak tam letih aku sorang je tak letih. Sampai rumah sempat mendobi...itulah namanya mak. Tak gitu?


Monday, September 17, 2012

On All Obstacles That Comes In My Way

Cewahhh tajuk dasyat tau...

Don't judge my contents from the tajuk ok.

Sebenarnya, sejak mr FR berangkat pada 29hb Ogos dan meninggalkan aku terkontang-kanting sendirian menguruskan semua benda, kebetulan pulak byk benda berlaku. Mmg betul2 dugaan. Tapi, aku terima lah dengan seadanya. Harap dgn kejadian2 sebegini aku menjadi kuat.

Tak lama selepas dia pergi, Firas pn tak berapa sihat. and pada birthday dia yg ke 2 pada 5sept aritu, dia kena amik nebulizer which is one thing yg aku mmg tak dapat tahan rasa sedih. Farihin plak accidentally was kicked on his ball oleh anak kwn yang kitorg terserempak kat jusco aritu. Ada bengkak sket kat private part but not in serious condition. Doc just bagi ubat sapu and ubat tahan sakit. Kesian anak mummy...tp takpe accident happen somewhat in a time that we never expect. Redha sajalah..

The following are obstacles or so called macam benda-benda yg aku kena handle alone tiba-tiba saja nak terjadi:-

1. wiper patah tetiba masa drive dalam hujan lebat. I thought bila tercabut, dia tersangkut je kat atas tu so boleh stop and simpan balik. Tapi disebabkan hujan yg maha lebat Tuhan saja yang tahu, nak tak nak aku terpaksa guna wiper yg tinggal. Dan wiper tu dok tolak wiper yang patah sampai at last, terpelanting. So punah harapn untuk simpan dan pasang balik. Conclusion, memang kena beli baru. Perghh...hujan memang lebat gila. Dah la baru lepas buat polishing keta melayang rm170...huhu nak nangis rasa. Tp at least keta dah nampak cantik daripada dulu. After 3 years baru kasi dia kilat..hihi. Kebetulan pagi tu sidai baju terlupa nak tolak masuk porch. Hasilnya sodaqollahulazim la... basah abis! salah sendiri ok. selalu mr FR yg tolakkan. Die takde...aku patotnya buat tapi dah terlupa nak buat macam mana.

2. On the way balik rumah mama haritu, MRR2 jem (situasi biasa). Abg dah tido kat belakang so tak dapat layan adik. Si adik pulak whining kat depan "ammi, ammi..." adoi aku nak drive pun tak senang. Dah la jem... nak tak nak tpaksa layan la sambil drive. Tapi to sit on my lap mmg no way la.... Ada sekali tu within 3 seconds je paling kat dia, tetiba tgk kat depan keta dah mcm dekat. Apa lagi brake sampai bunyi and Firas tertolak ke depan. Panik giler aku...siap bunyi tayar. Then, bila cont drive tetiba perasan kat cermin ada crack. OMG..biar betoi...cepat2 aku check kepala Firas. No bleeding or whatsoever...luka pun takde. So i was like confuse, kenapa crack. Batu ke? So sampai umah mama aku check Firas and the crack. Tgk gaya mcm kena batu dari luar sbb ada scratch. Takkan Firas terhantuk sampai crack. Impossible... lepas 2-3 org tengok afterward, mmg kena batu. Ohhhh sedihnya rasa hati...kenapala benda ni berlaku di saat darlingku tak ada...isk isk isk...nasib insurance ada cover windscreen.

3. Ada beli DVD Marvels Avenger, Battleship and Prison Break Season 4. Ingat nak tengok la sesangat especially Avenger sbb tak pernah tengok. Sekali DVD player rosak daaaa....huhu! Kata si abg aritu Firas ada masukkan kertas so driver dia tokleh rapat tokleh bukak. Tensionnnnnnnnn.....bila dah ok aku try sume cd takleh play. Oh sayangku....adakah kita perlu DVD player baru? Not now definitely. I tunggu u balik k. So dvd yg baru tu kena la hold... :(

Actually so many things happen after he left tapi at one time aku rasa proud dpt handle all those obstacles particularly alone. By myself... memang susah. Panik la, tension la, marah la, sedih la semua ada tapi what to do? Kena buat jugak la...and at least I can learn something. Something to tell me that I am able to do it on my own. Aku bersyukur sbb family, inlaws and friends byk support dari belakang walaupun sekadar bagi semangat. Itu dah memadai. Rasa macam tak cukup dengan ucapan terima kasih...lebih2 pada yang sudi dtg ziarah aku just to check on me and kids. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian ye.


Tuesday, June 26, 2012

BahBQ di PD

Memang nasib tak baik betul...tulah orang tua2 selalu kata (aku lebih refer pada mak aku), jangan seronok sangat dok gelak mcm langsuir tak hengat, kukik2...nanti menangis. Actually, benda tu selain daripada betul atau kebetulan, mmg dinasihatkan pun jangan kita selalu over gembira, especially gelak yang terlampau. Kata mak aku, nanti keras hati. Baik ibu..kuturut perintahmu!

Ahad lepas, aku berangkatlah ke PD. Trip 2 malam dikurangkan menjadi 1 malam aje. Cukuplah kot sebab semalam tu pun penat macam nak mati. Aduhai...apa yg penat sangat aku pun confuse. Mak aku nak tak nak terpaksalah ngikut, takkan nak tinggal. Hihi... janji kekonon kul 8 berangkat dari rumah. Puihhh...kul 8 baru terhegeh2 sidai kain, kemas umah.. Mimpi la wei nak keluar awal dah beranak pinak. Disebabkan dah miss nak saing ngan Cik Intang, aku & mr fathul pun decide pergi sendiri, lalu LEKAS which is sangat dekat dgn Seremban. 20 minit ajeww... maklumlah highway belakang rumah, sedia duit bayar tol sudah! Dan memandangkan kami pun dah bertolak awal daripada Cik Intang yang juga konon2 nak keluar awal tapi jadi lambat, aku ingat kami singgah rumah MakTok aje (ex babysitter Farihin) tak jauh dari lokasi banglo percutian. cewahhh....mcm millionaire aje bunyinya dahal gi situ pun orang ajak.

Al kisah si maktok ni amatlah aku sanjung dek kerana jasanya menjaga Farihin masa baby. Aku rasa dalam 8-9 bulan jugak dia jaga, then dia stop sebab nak pindah PD dan tak larat katanya. Aku suspek...eh silap respek maktok ni sebab sangatlah berkualiti servisnya. Baju baby siap dia basuh tangan tu...and byklah lagi tertib2 yg kita rasa anak kita akan selamat dlm jagaannya. Luv u la maktok. Wpun aku tak nak susahkan Maktok nak bagitau dia kitorang datang, aku tpaksa juga la inform nanti kang takde rumah pulak. Maktok ni bukan apa, kalau orang nak datang haa mula la kelam kabut nak buat tu buat ni. Dahal aku je pun... dia dah la ada high blood pressure so aku tanak dia panik and then sakit. No No No... aku bgtau kata nak dtg with my mom and family.

masa lalu Highway Lukut, aku terbaca satu emel aritu pasal jambatan bunian. So aku ckp kat mr hubby, nanti kita ushar jambatan tu betul2. no horror feeling at all tapi memang pelik le jambatan tu mati at both end of the bridge. pokok2 je penuh... tp logic sense aku mengatakan yg sebenarnya ia lebih pada future planning. kalau le dikatakan tu bunian tu ada, buat ape la nak seberang jambatan. makhluk halus ni lain sifatnya dengan manusia. setakat nak seberang, maybe dia boleh pejam mata je, teleport ke ghaib ke terbang ke ape2 la. so it makes more sense than perlu siapkan jambatan khas utk org bunian. kelako pulak bunyinya... sampai rumah maktok, rupa2nya dia dah prepare utk goreng mee. which is mmg favorite aku masa kami berjiran dulu. slurrppp kenyang giler...slps beramas mesra dgn maktok, kami pun menuju ke banglo abas tu lepas confirm lagi 2 team dah sampai. ecehhh mcm bolasepak plak. agenda pertama keceburrr....masuk kolam. budak2 le seronok, mak budak takde seronok mananya. masuk kolam, bila naik berketul2 badan sebab baju basah. wahahaha...malu I tauu

Well, mmg seronok sekali dua kala lepak ngan opismate camtu. masak memasak wpun dapur mcm hampeh... bbq lamb/chicken kat pool yard, bedal durian and macam2 ler. tapi malangnya, banglo tersebut dilanda bah bila hujan lebat turun x henti2. cittt...aku yg menyedarinya. mmg kul 4am aku dah terjaga, tapi masa tu belum hujan. aku tido2 ayam je balik then sempatlah dengar bunyi kilat/guruh tanda hujan. suddenly aku terbau bau busuk yg amat sgat wei. busuk longkang...cisssssss aku buat dek je sebab maybe longkat kat luar tu sumbat kot. tp makin lama bau busuk tu makin kuat. aku bangun, then tkejut sebab mak aku tegur. Busuknya, kata mak aku. Aku ckp maybe bau longkang kot.  Siap mak aku suruh tutup tingkat padahal tak pernah bukak pun tingkat tu. Aku pun bangun jenguk ke luar, tengok level air dari tanah tu mcm dah naik. Terdetik di hati aku, aikk banjir ke...sampai bergegas bangun. Kelecak, kaki aku terendam dlm air. Haha ye ke bunyi mcm tu..tergujat la aku. Mak aiiii banjir oooi dlm rumah. Apalagi berlari randuk air le cari laki aku kat atas. Bila sume org dah bangun, paling risau kereta la sbb makin lama air makin naik. anak2 aku tak sedo diri...mak aku pula stuck kat katil. bila air naik, aku papah mak aku suruh naik atas sebab dia nak solat. wpun sakit kaki, digagahkan juga diri. tak lama lepas tu air surut dgn panatas, syukur alhamdulillah. risau keta beb, buat nya terendam tersadai terburai teroverhaul, mampusssssss! Allah SWT masih sayangkan kami. :D so slepas insiden tu, baru dapat tau mmg kalau hujan lebat sgt boleh naik air. seb baik kolam tak kena sebab tinggi. banglo sebelah siap air kolam dah coklat. hahaha...nasib badan!

Sempat lagi aku n Firas mandi seround, sebelum kami blah sebab mak aku dah tak sabar2 nak balik rumah. penat wei... apapun, mmg syok pi PD wpun kena banjir. yang penting semua selamat. balik umah apa lagi terkelepet dan mendobi je la jawabnya. pic2 di bawah disnap oleh photographer yang tak profesional langsung. bear with the flaws okeh bebeh...








Thursday, June 21, 2012

PD Extravaganza

I'm shaking help help.... Gigil weh nak bayar tapi masa booking tak gigil pulak. Hehe... Grand Lexis ni la salah. Sapa suruh memanggil2 jiwaku yang kesepian memerlukan percutian mahal. Tu pun semalam je lepak. Kalau lebih, ikan masin le jawabnya jamahan lunch. Eh takdelah ikan masin, ada duit pun aku goreng gak. Sedap wooo nak nak dengan bawang merah kasi garing sket, perghhh....mantop! Yang best kat Grand Lexis ni sebab pool dlm bilik. Sesuka ati je nak pakai baju ke tak mo ke, ikut la janji bahagia. Takde orang nampak pun apa pakai sebab dalam bilik kan. Sooooooo privacy. Tapi nak dapat privcy tu humang aih...mahal wooo!

Aku pun pelik aku memang tak pandai ambik gambar. Tengok je lah... kalau sudi!


Memanggil2... baru sampai semua malu2 alah


Ha tudia dah ada penerkamnya...Firas suka main shower jek.


2 King Bed wa cakap lu. Serious best...


Cendol kat pekan PD


Teringin kan, so tunaikan je la...hahaha


Konon bangun pagi sensorang nak ambik gambar sekali malu la pulak, so lepak tepi pondok tepi bilik kitorg sensorang, boleh?


Firas mcm bengang je, awat mummy aku ni?


Half Boiled Egg...favorite mamat dua orang ni


Walkway to unit atas air.


Merenung lautan luas..aku takut nak dekat. Farihin siap ckp mummy jaga handphone kang jatuh susah. Erk....

Of Everything I Bought and Got Recently

Saja nak memoyokan diri! I love this new bag of mine and ada souvenir dari Australia. Check out other pics yang aku tengah seronok nak bebelkan.




Ok, this one memang handbag yang aku nak beli. It's made from leather and mmg expensive. Tapi ia sangat cantik dan mencantikkan lenganku yang besar gedabak! Hikhik... muchos love


This one I got from my sil punya mil. Mil dia baru dari Australia. The good part is bila mil dia pegi mana2 je, mesti ada je souvenir utk kitorang. seronok kan? Lain kali kot2 dapat henbek MBMJ ke, voilahh..


Pembelian terbaru buku2 keluaran Alaf 21. Koleksi Aisya Sofea. Adam Hawa tu cerita lama tapi saja nak beli. Uda Dara tu mmg cite baru. Biasalah cliche cite AS mesti ada part kawin2, merajuk2, romantik2 pastu bpisah skejap pastu sambung balik. then serik merik...haha very the expected tp mcm mana pun I like sangat plot dia. Leh nangis2 leleh tengah malam pukul 2 pagi...


Ini pulak dipanggil leather moisturiser. Disebabkan cek dah ada 2 handbag leather Coach, mahal wei aku beli. So kenalah menjagainya dengan betul nya pun...(tiru ayat Johan). Usap2 dengan penuh kasih sayang dengan damp cloth, kasi lip lap mcm mami tanjung. haha...mahal jugak ni dekat rm70. tapi i sudah pau itu adik ipar 20 hinggit so jimat sket. Aku pakai pun jimat giler...ambik sikit je sampai tak nampak kat cloth tu. Confuse gak, lekat ke tak punyalah jimat.


Haaaaaaaaa....yang ni paling best! Stok baju raya utk eksen di hari raya 2012. Macam puasa aku penuh sangat kan. Skrg pun terhegeh2 mengganti peninggalan tahun lepas akibat mengeluarkan Firas dari perutku. Lihat perutku, byk spare tyre kan? Ahaks... Tema aku tahun ni aku yang pilih seperti tiap-tiap tahun menggunakan kuasa veto tak masuk akal, adalah aqua. Ye ke? aku pun bantai je. Bukan biru firus yg org panggil apa terkois...hahaha bantai je la tapi lebih pada ijau2 aquamarine. Macam biasa, aku lebih la kainnya 3 pasang. Dah la standard 4 meter kena tambah lebih setengah atau suku meter dek kelebaran. Hishh... tensen dibuatnya. Yang belang2 biru tu utk mak mertuaku. Atas sekali bunga2 biru english cotton for nenek. Bwh sekali utk suami dan anak2 yg tercintun. Baju melayu der! laki aku tak suka lembut2 macam satin, melorot katanya bila amik wudu'. so cotton ok dia ckp. aku pulak nak kena menyerika. macam saja nak kenakan aku jek...hehehe takdelah nak dapatkan syurga kenalah taat pada suami contohnya menserika baju melayu raya yang bakal dibuat utk tahun ni. Kluk klak kluk klak kira2 total sume dekat rm600. Terburai isi hidung dengar rege tapi sebenarnya aku ni setahun sekali je pegi Jakel tu. tak caya tanyalah suamiku... takde macam adik ipar aku tiap2 bulan beli kain. Aku sebulan sekali je setahun. Caya tak? :p


Ok, bukan aku punya ye. bentuk tirus heel tersebut nyata tidak sesuai utk mereka yang berkaki gajah macam aku ni. Saiz mungkin sama tapi lebar aduhai...sedih nengok! Adik ipar ni yang beli sebab konon takde kasut nak pakai pi kenduri match ngan baju. Cettt...alasan nak beli baru memang gitu. Kat rumah dia bsepah heels. Kaki sopping memang gitu...ada je excusenya. Aku pulak bengkek je sbb kasut ni mmg cantik. Hampir nak merembat sepasang tapi kaler mix brownish creme, tak jadi sebab melihat kenipisan beg duit. Yang ada sume duit biru ada tulis RM1. Hihih...dok diam2 sajalah. Entah nak pegi mana tak tau aku nak menggedik pakai heels. Silap2 terbenam dlm tanah. Ahaha...aku tak condem diri sendiri tapi risau kan keselamatan aku ye.

Post ni bertujuan untuk sesuka ati menayang pembelian barang sendiri dan orang lain. Ada satu benda yg aku tengah giler suka...tengah in and hot. Heran betui, yg cantik2 sume mahal. Apsal eh? geram sangat2. Kat bawah ni la aku hari2 dok tengok kat blog/fb. Cantik tak? cantik kan...RM pun cantik! Cuci mata je la ye. Ada ongkos, kita tangkap satu sambil memejam mata. Ayoyoo...


MBMJ Lil Ukita - Blush (Erkkk boleh pengsan tengok kaler dia...menawan sungguh)
Le Pliage Cuir - Turquoise (Santik kan? kan? kan?)

I'm Down to Work So Much

Oo la la... memang aku sibuk sesangat (konon) sampai tak sempat nak update blog. Nak sneek peak pun tak sempat. Apatahlagi nak berblogging sesuka hati. Walaupun tak de orang teringin nak baca blog aku ataupun memang takde orang yang tau pun blog aku ni, tapi memang ada keinginan nak update post. Cuma ia hanya mimpi tinggal mimpi. Sampailah hari ni jari jemari aku tergerak nak melawat blog aku dan nak post new stuff.

Well, kalau nak dikira start dari last post, memang dah almost 9 months. hehe..lama sungguh no! FB senang nak update sebab memamg dihujung jari tapi blog aduhai... It may comes spontaneously, I mean the idea. Tapi idea ada, jari baloq liat pun tak jadi jugak. Baloq liat tau dak? Itu bahasa orang utara, yang bermaksud malas nak mampoih. Hahaha... syokkkk ooo bahasa orang utara ni. Nampak macam kasar tapi sebenarnya santai dah mesra. Kadang-kadang lawak pun ada jugak. Aku pun bukan terror sangat tambah-tambah term orang2 lama. Terkulat-kulat bijik mata. Kalau dah nama aku asal orang Penang pun, tak berapa terror. Yang jadi partner org Kolumpo lagilah berpinaq biji mata. Ambik hang..selalu gak aku pekena dia. Tapi tang dia pekena aku bahasa Jawa, memang teruk aku kena main. Kui kui, dah hampir 7 tahun kawin pun berapa patah bahasa jawa saja yang aku boleh tangkap. Kalau full conversation dorang pakai javanese band (bak kata Osbon), memang aku sengih macam kerang busuk. Nak menyampuk tak faham. Nak syak wasangka dok mengutuk aku, tak baik pulak. Last-last, sengih saja la.

Sebenarnya, aku dalam mood happy sekarang sebab mak aku tersayang tercintun dah mula duduk rumah aku start 3hb Jun aritu. Perggh..hepi beb dia nak ikut. Separuh dari tu aku paksa sebab dia tak pernah datang rumah aku. So, kalau tak paksa takdenye der nak ikut. Walaupun nampak macam aku akan busy dan rutin bertambah dengan kehadiran mak aku ni, tapi dalam hati YaAllah aku sangat seronok macam nak melompat sampai bintang. Sapa tak seronok oiii mak dok ngan kita. Dah lama aku berjauhan dengan mak. Sesekali saja balik bila ada masa terluang. Nak senggol2 dengan dia ke, nak peluk2 dia ke time tu la pun. Apalagi nak berbakti, memang kurang la. Macam mana nak berbakti duduk jauh. Habis-habis, kirim duit, make phone calls and doa je la. Now, dah dekat di sini memang aku cuba buat yang terbaik untuk mak. Semoga diberkati usahaku untuk menggembirakan dia. Aaminn..yarabbal alamin.

Aku memang sibuk betul sekarang. Bukan la buat-buat sibuk tapi mmg rasa banyak sangat kerja. Assistant ada tapi entahlah macam nak delegate pun tak sempat, rasa macam kita buat lagi cepat kan. tapi kesian pulak kat budak tu kang tak belajar apa-apa. So nak tak nak kenalah jugak ajar sikit2 supaya nanti senang bila aku cuti ka, mc ke, EL ke. Anyway, time cuti pun aku still angkat phone. So,no worries la sgt kan. Harap2 in due time, company berkembang boleh tambah staff dan kurang sikit kerja aku. Aaminn lagi..hehe

Monday, October 10, 2011

New Ship Is Already Sailing

See, I told you before. I put better words in Engrisshh no matter how broken it is. :-)

I have moved! To the new house I mentioned previously in my post. We got into this new ship on 1st October and now we're into 2 weeks of sailing. The captain and sailors are all the same only the ship is better. And I love my new house totally! Who don't if it's your very own house? See, one of my junior sailors is still on the verge of understanding what the heck we're all doing there.





I don't do so much with my new house. Only buying new furniture just to fill those empty space. Ahhh.. what a brilliant excuse to spend your money. Those brownish curtain, I bought it few months back. It never cross my mind what theme we're gonna choose. But, brown @ earth color is picked just to be on the safe side. On my part, I think it's pretty match. Ohh...the red basket? It's just a coincidence. Not in my plan.
 The floor is broken marble as it's already nice for my point of view. I just need rugs on top of that. Few weeks before, I draft two theme for furniture-wise. One is red,white & black. The other was grey-white. I loved the grey-white more but turned out the theme was over-budget so we decided to go for red-white-black. Pretty-well for amateur like us! Please don't compare us with Eric Leong. Forgive me for this pic. I don't blame the lil cutie pie. Just the pink bag and diapers bag tagged in the pic. They are flaws.
Spot the white wall cabinet? The previous owner left for us. We didnt' have any idea on what to put inside the cabinet. End up, we put all our belongings like spectacles, keys, watch, bangle inside. Hahaha... shame on us. And next to the sliding door is my wall-shelve from Ikea that I love most! They also have in red and white but those colors are sold out. No stock. Luckily, we picked the right color. Black is always match with anything. All books on the shelf, they're mostly mine. You want to borrow? Over my dead body first. Hahaha... We bought the painting above the sofabed few years back. It's quite sentimental value and yet cheaper.

Tadaaa...the dining hall. Simple maa... The dining set only costs us around RM315 altogether. The rug also from Ikea. I don't want the set on bare floor. So, this rug is just nice. And don't forget cheap!

My lovely kitchen is just the same. Only that, the top were filled with my stuff. Newbies are Panasonic flusk from Tesco and wine rack which I bought also at Ikea. The first day we moved, our old flusk gone kaput. Shit....out of many days, it wanted to kaput on our moving day. Having a baby who drink formulated drink, you need to always have hot/warm water. So, the Panasonic one cost me a RM169 only for 3 liters capacity. Expensive huh? But the good part is, the charcoal wall inside the flusk definitely worth buying. My tea and coffee are tastier than before. And some more, you can clean the flusk by pressing the cleaning button for 3 seconds. I haven't tried it yet because it's still new and clean! As for wine rack, I fell in love with it for an excuse to stock up my warm water in bottles. They look nice on the top...You can buy one. It's only RM49.

The most expensive one we bought from Ikea is this Klippan two-seater sofa in Granan Red. Actually, 3 medium size person can seat on this sofa which made me proud to get this one. At first, I crazily wanted to buy the polka-dot (red-white) also from Klippan, but as it new in store, it's much expensive than this one. But, it's ok I'm happy. I like simplicity and this pic define me.

I haven't have pictures of upper-floor. They are just bedrooms and all that. Nothing much to show. Floors are all timber-flooring and I don't have to add up anything. Probably later on when we have enough budget, I'll look into PAX-system for wardrobe from Ikea as well as bedroom set for our kiddos. :-D

I'm more happier than before!