Tuesday, June 26, 2012

BahBQ di PD

Memang nasib tak baik betul...tulah orang tua2 selalu kata (aku lebih refer pada mak aku), jangan seronok sangat dok gelak mcm langsuir tak hengat, kukik2...nanti menangis. Actually, benda tu selain daripada betul atau kebetulan, mmg dinasihatkan pun jangan kita selalu over gembira, especially gelak yang terlampau. Kata mak aku, nanti keras hati. Baik ibu..kuturut perintahmu!

Ahad lepas, aku berangkatlah ke PD. Trip 2 malam dikurangkan menjadi 1 malam aje. Cukuplah kot sebab semalam tu pun penat macam nak mati. Aduhai...apa yg penat sangat aku pun confuse. Mak aku nak tak nak terpaksalah ngikut, takkan nak tinggal. Hihi... janji kekonon kul 8 berangkat dari rumah. Puihhh...kul 8 baru terhegeh2 sidai kain, kemas umah.. Mimpi la wei nak keluar awal dah beranak pinak. Disebabkan dah miss nak saing ngan Cik Intang, aku & mr fathul pun decide pergi sendiri, lalu LEKAS which is sangat dekat dgn Seremban. 20 minit ajeww... maklumlah highway belakang rumah, sedia duit bayar tol sudah! Dan memandangkan kami pun dah bertolak awal daripada Cik Intang yang juga konon2 nak keluar awal tapi jadi lambat, aku ingat kami singgah rumah MakTok aje (ex babysitter Farihin) tak jauh dari lokasi banglo percutian. cewahhh....mcm millionaire aje bunyinya dahal gi situ pun orang ajak.

Al kisah si maktok ni amatlah aku sanjung dek kerana jasanya menjaga Farihin masa baby. Aku rasa dalam 8-9 bulan jugak dia jaga, then dia stop sebab nak pindah PD dan tak larat katanya. Aku suspek...eh silap respek maktok ni sebab sangatlah berkualiti servisnya. Baju baby siap dia basuh tangan tu...and byklah lagi tertib2 yg kita rasa anak kita akan selamat dlm jagaannya. Luv u la maktok. Wpun aku tak nak susahkan Maktok nak bagitau dia kitorang datang, aku tpaksa juga la inform nanti kang takde rumah pulak. Maktok ni bukan apa, kalau orang nak datang haa mula la kelam kabut nak buat tu buat ni. Dahal aku je pun... dia dah la ada high blood pressure so aku tanak dia panik and then sakit. No No No... aku bgtau kata nak dtg with my mom and family.

masa lalu Highway Lukut, aku terbaca satu emel aritu pasal jambatan bunian. So aku ckp kat mr hubby, nanti kita ushar jambatan tu betul2. no horror feeling at all tapi memang pelik le jambatan tu mati at both end of the bridge. pokok2 je penuh... tp logic sense aku mengatakan yg sebenarnya ia lebih pada future planning. kalau le dikatakan tu bunian tu ada, buat ape la nak seberang jambatan. makhluk halus ni lain sifatnya dengan manusia. setakat nak seberang, maybe dia boleh pejam mata je, teleport ke ghaib ke terbang ke ape2 la. so it makes more sense than perlu siapkan jambatan khas utk org bunian. kelako pulak bunyinya... sampai rumah maktok, rupa2nya dia dah prepare utk goreng mee. which is mmg favorite aku masa kami berjiran dulu. slurrppp kenyang giler...slps beramas mesra dgn maktok, kami pun menuju ke banglo abas tu lepas confirm lagi 2 team dah sampai. ecehhh mcm bolasepak plak. agenda pertama keceburrr....masuk kolam. budak2 le seronok, mak budak takde seronok mananya. masuk kolam, bila naik berketul2 badan sebab baju basah. wahahaha...malu I tauu

Well, mmg seronok sekali dua kala lepak ngan opismate camtu. masak memasak wpun dapur mcm hampeh... bbq lamb/chicken kat pool yard, bedal durian and macam2 ler. tapi malangnya, banglo tersebut dilanda bah bila hujan lebat turun x henti2. cittt...aku yg menyedarinya. mmg kul 4am aku dah terjaga, tapi masa tu belum hujan. aku tido2 ayam je balik then sempatlah dengar bunyi kilat/guruh tanda hujan. suddenly aku terbau bau busuk yg amat sgat wei. busuk longkang...cisssssss aku buat dek je sebab maybe longkat kat luar tu sumbat kot. tp makin lama bau busuk tu makin kuat. aku bangun, then tkejut sebab mak aku tegur. Busuknya, kata mak aku. Aku ckp maybe bau longkang kot.  Siap mak aku suruh tutup tingkat padahal tak pernah bukak pun tingkat tu. Aku pun bangun jenguk ke luar, tengok level air dari tanah tu mcm dah naik. Terdetik di hati aku, aikk banjir ke...sampai bergegas bangun. Kelecak, kaki aku terendam dlm air. Haha ye ke bunyi mcm tu..tergujat la aku. Mak aiiii banjir oooi dlm rumah. Apalagi berlari randuk air le cari laki aku kat atas. Bila sume org dah bangun, paling risau kereta la sbb makin lama air makin naik. anak2 aku tak sedo diri...mak aku pula stuck kat katil. bila air naik, aku papah mak aku suruh naik atas sebab dia nak solat. wpun sakit kaki, digagahkan juga diri. tak lama lepas tu air surut dgn panatas, syukur alhamdulillah. risau keta beb, buat nya terendam tersadai terburai teroverhaul, mampusssssss! Allah SWT masih sayangkan kami. :D so slepas insiden tu, baru dapat tau mmg kalau hujan lebat sgt boleh naik air. seb baik kolam tak kena sebab tinggi. banglo sebelah siap air kolam dah coklat. hahaha...nasib badan!

Sempat lagi aku n Firas mandi seround, sebelum kami blah sebab mak aku dah tak sabar2 nak balik rumah. penat wei... apapun, mmg syok pi PD wpun kena banjir. yang penting semua selamat. balik umah apa lagi terkelepet dan mendobi je la jawabnya. pic2 di bawah disnap oleh photographer yang tak profesional langsung. bear with the flaws okeh bebeh...








No comments:

Post a Comment